Selasa, 20 Februari 2018



Solat Hajat murid TAHUN 6 2018

Semangat baru, azam baru semua murid tahun 6 yang menghadiri kelas tambahan bagi sesi 2018 ini dimulai dengan solat hajat sebelum masuk ke kelas. Tawakal dan Usaha itu amatlah penting, moga Allah s.w.t memberi petunjuk kepada semua murid SK Taman Medan bagi menghadapi PPSR 2018

___________________________________________________________


Maulidur Rasul 1439H

Salam Maulidur Rasul buat semua warga SK Taman Medan. Jom sama-sama kita berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w

______________________________________________________________





Pertandingan Nasyid Murid Tahun 6

Setiap tahun selepas UPSR murid tahun 6 akan diisikan dengan beberapa program. Bagi Panitia Pendidikan,Pertandingan Nasyid mengikut kelas telah diadakan. Setiap kelas mengundangkan 2 buah nasyid dan ada yang menghantar dua kumpulan iaitu lelaki dan perempuan. Majlis secara sederhana ini berjalan dengan meriah kerana murid bersungguh-sungguh melontarkan suara.

___________________________________________________________________





Ramadhan Tiba Lagi

Alhamdulillah bersyukur pada Allah kerana masih dapat berjumpa dengan bulan Ramadhan. Rutin biasa setiap kali dibulan Ramadhan, Panitia Pendidikan Islam akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa,Solat Terawih dan Solat Hajat untuk murid tahun 6 dan juga anak yatim. Majlis diadakan seperti di Maidatul Rahman Negara Arab. Terima Kasih pada penganjur kita jumpa lagi tahun hadapan.

___________________________________________________________






Al-Fatihah untuk arwah Adik Muhammad Wafiq, damailah engkau di sana

Seorang murid SK Taman Medan telah meninggal dunia akibat kemalangan bersama keluarga di Lebuhraya Utara Selatan Plus di Seremban. Manakala abangnya yang juga bersekolah di SK Taman Medan Muhammad Wazir cedera parah dan masih tidak sedar diri. Berita sedih ini terpaksa diterima oleh semua warga SK Taman Medan. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik buat arwah dan juga keluarganya. Al-Fatihah ...

_____________________________________________________





Sambutan Israk & Mikraj

Majlis Sambutan Israk & Mikraj disambut dengan meriah oleh semua murid. Penglibatan murid tahun 4 dan juga tahun 5 memeriahkan lagi majlis ini. Forum Israk Mikraj oleh murid cilik tahun 4 begitu mencuit hati penonton dan juga guru. Majlis juga turut diserikan lagi dengan nyanyian nasyid oleh murid tahun 4 dan 5.

____________________________________________________________________






Kami Juara

Alhamdulillah bersyukur pada Allah kerana telah menjadi juara pertandingan Kalam Jamaie Peringkat Daerah Petaling Utama yang diadakan di SK Kg Tunku. Sekalung tahniah buat semua yang menyumbang tenaga dan tunjuk ajar dan alfun mabrouk untuk semua murid yang mewakili sekolah.