Selasa, 25 Jun 2013

Muka Hadapan

Khamis 2 Julai 2015. Tahniah kepada KKGK,PIBG dan Unit Pendidikan Islam kerana telah berjaya menganjurkan IFTAR RAMADHAN yang meriah, ceria dan kemas. Ucapan terima kasih juga kepada semua bapa murid yang hadir bagi memeriahkan majlis pada tahun ini. Antara acara yang dijalankan...Berbuka bersama, Solat Maghrib,Solat Isya', Solat Hajat Solat Terawih dan Moreh. Tahniah semua warga SKTM.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ



MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA



Majlis telah berlangsung pada 25 Februari 2017 di SK Damansara Utama, SK Taman Medan telah berjaya menempatkan diri di dalam beberapa ketegori. Johan bagi tilawah lelaki, tempat ke 3 hafazan dan tempat ke 3 bagi bercerita lelaki. Tahniah kepada semua yang terlibat.

***************************************************

KEM BESTARI SOLAT



Kem telah diadakan pada 25 Februari 2017 melibatkan murid-murid tahun 1, kem di bawah Unit Pendidikan Islam ini bertujuan untuk mengajar murid-murid berkaitan solat dengan betul. Penerangan dan praktikal turut diadakan untuk murid-murid lebih memahami.

*****************************************************************************

PROGRAM PERTAMA KELAS TAMBAHAN TAHUN 6 2017



Pada 4 Februari 2017, kelas pertama untuk kelas tambahan tahun 6, sebelum kelas bermula Sembahyang Hajat telah diadakan bersama murid-murid tahun 6, dibimbing oleh Ustaz Hakimi Saidin, sarapan pagi juga disediakan untuk semua murid. Semoga tahun 2017 ini akan diberkati dan diberikan kejayaan yang cemerlang kepada semua murid yang akan menduduki UPSR nanti.

*******************************

JOHAN PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA 2017



Sambutan telah diadakan pada 14 Januari 2017 di SK Petaling Jaya. SK Taman Medan telah dinobatkan sebagai Johan bagi Pertandingan Perarakan dalam sambutan tersebut.Tahniah diucapkan pada semua.

***********************************

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN



Assalamualaikum w.b.t. dan selamat menyambut Nuzul Quran buat semua warga SK Taman Medan. Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Al Quran diturun secara berperingkat sejak 17 Ramadhan  sehinggalah lengkap Al Quran. Satu peristiwa yang sering-kali  digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra  (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan puasa Ramadhan). Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka  ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang  serius memikirkan rahsia al-Quran. ‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun  ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering  dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau  ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan  al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dikecuaikan atau tertinggal di dalam  al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalamnya

****************************

marhaban YA RAMADHAN


Assalamualaikum w.b.t. Selamat menjalani ibadah puasa buat semua warga SK Taman Medan. Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana dapat kita bertemu lagi dengan bulan yang penuh rahmat dan amat mulia iaitu bulan Ramadan. Firman Allah S.W.T : Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atasa kamu berpuasa sebagaimana umat sebelum kamu. Al-Baqarah :183.

نَوَايْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ اَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ للهِ تَعَالىَ
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardu Ramadan pada tahun Ini kerana Allah Taala.
Mengikut Maliki digalakkan kepada kita supaya niat sebulan puasa pada malam pertama bagi mengelakkan daripada tidak sah, namun begitu jika puasa kita terputus disebabkan sakit atau haidh maka hendaklah diperbaharui niatnya semula.
نَوَايْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ للهِ تَعَالىَ
Sahaja aku berpuasa sebulan dibulan Ramadan kerana Allah Taala

********************************

SAMBUTAN ISRA DAN MI'RAJ 2016

Sambutan telah diadakan pada 6 Mei 2016 bertempat di Dewan Bestari sekolah. Majlis anjuran Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF. Intipati majlis sambutan ini ialah mengenang kembali sejarah Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad S.A.W ke langit untuk menerima wahyu tentang ibadah sembahyang. Pelbagai acara telah disediakan untuk sambutan kali ini. Tahniah.



***************************

TEMPAT KETIGA KARNIVAL DAKWAH PENDIDIKAN ISLAM KATEGORI NASYID PERINGKAT DAERAH

Tahniah kepada murid yang terlibat,Ustaz Helmi dan guru-guru yang terlibat. Kumpulan Nasyid Soutul Madani nama bagi kumpulan nasyid SKTM telah mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Nasyid Karnival Dakwah Pendidikan Islam Peringkat Daerah Petaling Utama pada 12 April 2016, bertempat di SMK(P) Sri Aman.



**********************

KEM CEMERLANG JAWI SIRI 2

Kem telah berlangsung dengan jayanya pada 9 April 2016,melibatkan murid tahun 1 hingga tahun 5.  Moga ia memberi manfaat buat semuanya



*******************************


NAIB JOHAN TILAWAH AL-QURAN KARNIVAL PENDIDIKAN ISLAM PPDPU

Tahniah kepada adik Nur Aina Hananni Zalmanizam kerana telah berjaya meraih tempat sebagai Naib Johan Tilawah Al_Quran Karnival Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan. Pertandingan telah berlangsung pada 5 April 2016 di SMK Sri Permata. Tahniah juga diucapkan kepada Ustaz Hakimi dan Ustazah Amalina atas kejayaan ini

**************************

KEM BESTARI SOLAT SESI PERTAMA



Kem ini telah diadakan pada 5 Mac 2016, melibatkan murid tahap 1 (Tahun 1,2 & 3). Dalam Kem Bestari Solat ini murid-murid mempelajari tentang cara mengambil wuduk, bacaan dan mendirikan solat dengan betul. Kem ini adalah kerjasama diantara Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF. Tahniah kepada semua murid yang 

********************

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SKTM 2016


Pada 15 Januari 2016, bertempat di dewan terbuka SKTM telah berlangsung Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Majlis sambutan telah di anjurkan oleh Unit Pendidikan Agama Islam dan j-QAF SKTM. Antara acara pada majlis tersebut ialah,bacaan Surah Yassin dan Forum berkaitan riwayat Nabi Muhammad S.A.W. Antara tetamu yang hadir ialah Tuan Guru Besar, GPK, guru-guru dan murid.Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam atas penganjuran majlis ini.


************ 

Program Iftar, Solat Hajat dan Terawih 2015


Pada 2 Julai Khamis bersamaan 15 Ramadhan, unit Pendidikan Islam serta KKGK dan PIBG telah membuat majlis berbuka puasa bersama murid tahun 6 dan juga murid asnaf. Pada waktu petang diadakan tazkirah dan zikir terapi bersama guru pendidikan Islam. Pada malam hari selepas berbuka turut diadakan majlis solat hajat dan solat terawih yang telah diimamkan oleh guru-guru dari Panitia Pendidikan Islam. Moga program ini dapat disambut lagi pada Ramadhan tahun hadapan. Ramadhan Kareem

Khamis 2 Julai 2015. Tahniah kepada KKGK,PIBG dan Unit Pendidikan Islam kerana telah berjaya menganjurkan IFTAR RAMADHAN yang meriah, ceria dan kemas. Ucapan terima kasih juga kepada semua bapa murid yang hadir bagi memeriahkan majlis pada tahun ini. Antara acara yang dijalankan...Berbuka bersama, Solat Maghrib,Solat Isya', Solat Hajat Solat Terawih dan Moreh. Tahniah semua warga SKTM.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Khamis 2 Julai 2015. Tahniah kepada KKGK,PIBG dan Unit Pendidikan Islam kerana telah berjaya menganjurkan IFTAR RAMADHAN yang meriah, ceria dan kemas. Ucapan terima kasih juga kepada semua bapa murid yang hadir bagi memeriahkan majlis pada tahun ini. Antara acara yang dijalankan...Berbuka bersama, Solat Maghrib,Solat Isya', Solat Hajat Solat Terawih dan Moreh. Tahniah semua warga SKTM.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Khamis 2 Julai 2015. Tahniah kepada KKGK,PIBG dan Unit Pendidikan Islam kerana telah berjaya menganjurkan IFTAR RAMADHAN yang meriah, ceria dan kemas. Ucapan terima kasih juga kepada semua bapa murid yang hadir bagi memeriahkan majlis pada tahun ini. Antara acara yang dijalankan...Berbuka bersama, Solat Maghrib,Solat Isya', Solat Hajat Solat Terawih dan Moreh. Tahniah semua warga SKTM.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Khamis 2 Julai 2015. Tahniah kepada KKGK,PIBG dan Unit Pendidikan Islam kerana telah berjaya menganjurkan IFTAR RAMADHAN yang meriah, ceria dan kemas. Ucapan terima kasih juga kepada semua bapa murid yang hadir bagi memeriahkan majlis pada tahun ini. Antara acara yang dijalankan...Berbuka bersama, Solat Maghrib,Solat Isya', Solat Hajat Solat Terawih dan Moreh. Tahniah semua warga SKTM.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

 ___________________________________________________

 

Adab-adab azan dan iqamah

Hadis dari Jabir Bin Abdillah menyatakan adab-adab azan dan iqamat, iaitu hendaklah dilaungkan azan itu lambat-lambat. Manakala lafaz iqamat disebut secara cepat. Dan antara azan dan iqamah itu hendaklah yang makan selesai makannya, yang minum siap minumnya dan yang qadha hajat sudah qadha hajatnya. Dinyatakan bahawa Bilal hanya iqamat setelah melihat nabi keluar dari rumahnya. Rumah nabi bersebelahan dengan masjid.
إن من آخر ما عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم أن اتخذ مؤذنا لا يأخذ على أذانه أجرا
Ertinya :”sesungguhnya sebahagian daripada janji ( pesanan ) yang terakhir daripada Rasulullah s.a.w  kepadaku ialah : ambilah muazin yang tidak mengambil upah diatas azannya”. 


 ____________________________________________________


FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA


Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )
"Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".
Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.


KEUTAMAAN RAMADHAN
Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.


ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.
1. Pintu langit dibuka
2. Pintu-pintu syurga di buka


FADHILAT YANG LAIN
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.



 ____________________________________________________

 

 Tahsin Al-Quran bersama murid PRA


Program Ramadhan bersama PRA Sekolah Taman Medan iaitu tahsin tilawah Quran dari surah al-Fatihah beserta tafsirannya oleh Ustaz Hakimi. Program ini bertujuan bagi menambahkan lagi ilmu di dada untuk murid PRA serta memperbaiki bacaan mereka. Moga program ini dapat diteruskan lagi dimasa hadapan.

Dari Aisyah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w “Seorang yang membaca Al-Quran sedang dia mahir dalam membacanya, bersamanya malaikat utusan Allah yang baik. Dan orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (berkeadaan payah), maka baginya dua pahala”
Hadith Riwayat Muslim.
 ____________________________________________________


***AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN***

Assalamualaikum adik-adik. Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana dapat kita bertemu lagi dengan bulan yang penuh rahmat dan amat mulia iaitu bulan Ramadan. Bila sebut sahaja tentang Ramadan ianya mesti buat adik-adik ingat puasa ingat duit raya, betul tak, hehe… Jadi sebelum Ramadan datang lagi beberapa hari, ustaz nak ajar adik-adik niat berpuasa. Niat dalam Islam penting tau, mungkin ada yang sudah pandai dan tahu. Tapi ustaz nak kongsi bersama cara niat berpuasa di bulan Ramadan. Jom kita baca sama-sama.
نَوَايْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ اَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ للهِ تَعَالىَ
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardu Ramadan pada tahun Ini kerana Allah Taala. 

                             ____________________________________________________

Naik Taraf Surau


Surau sekolah telah dinaik taraf mulai bulan Februari 2014 hingga April 2014 untuk keselesaan semua warga sekolah, ia juga memberikan satu suasana yang lebih selesa dan mampu memuatkan lebih ramai jumlah jemaah.Kos naik taraf dari sumbangan warga sekolah dan orang perseorangan. Syukur Alhamdulillah.


__________________________________________________

TEMPAT KEDUA ANUGERAH PENGURUSAN SURAU (SK) Anugerah Inovasi Kecemerlangan Sekolah Daerah Petaling Utama pada tahun 2013.TAHNIAH!


__________________________________________________
SOLAT HAJAT MH370

___________________________________________________
KEM BESTARI SOLAT 2014

Program yang padat dan penuh pengisian, dengan pendekatan yang lebih mesra dalam penyampaian dan taklimat,semua pelajar gembira dan ceria sepanjang Kem Bestari Solat berlangsung.Subhanallah...Alhamdulillah.
__________________________________________________




EDISI 2013

_________________________________________________

PROGRAM QURBAN DAN AQIQAH 2013








_______________________________________________
KELAS FARDHU AIN






_____________________________________________________
TAZKIRAH


___________________________________________________
AMALI WUDHUK


SOLAT BERJEMAAH


________________________________________________________

_________________________________________________________
KEM BESTARI SOLAT





____________________________________________________________

___________________________________________________________________
___________________________________________________________
KEM BESTARI SOLAT

___________________________________________________________
____________________________________________________________